Bab 1
Aku mempunyai 3 org adik beradik…along, angah dan aku…Alongku bernama Azman…Angahku bernama Azhan dan adik yg paling bongsu…yg kiut miut ni…aku le tu…namaku Amira. Disebabkan kami hanya 3 beradik maka hubungan kami amat rapat…selalunya kedua-dua abangku akan cuba memanjakanku dan berebut-rebut mengambil hati aku, yelah aku la satu-satu adik perempuan mereka yang paling kiut...cewahh...dengan itu akupun akan mempergunakan mereka sedaya upaya bagi kepentinganku. Ala jet je sekit cairla kedua abang aku tu...tak tau la aku kalu ngan pompuan lain...dengan aku mesti kalah la hehehe...
Along tidak la dikategorikan hensem tapi manis tu ade la…kami adik beradik ketiga-tiganya mempunyai lesung pipit dikedua-dua belah pipi…kira cam penyeri muka la…along tu sedikit gatal tapi gatal2 dia takde la usik anak dara orang tak tentu hala cuma kalau nampak perempuan cantik cam nak terjojol gak la bijik mata dia tapi dia jenis tak berani nak usha awek sbb dia dalam kategori mamat pemalu jugak la, lagipun agaknya along terasa cam dia tak hensem...tu yang dia rendah diri. Aku tak pernah tengok dia ade girlfriend pun ….mungkin sbb along aku ni tak reti cam mana nak tackle pompuan…nak kena aku ajar kot…Along paling rajin bawa aku jalan2 naik motor RXZ dia, kalau boleh kemana-mana dia nak bawa aku, suatu ari along ajak aku shopping…masa aku naik motor dia tu, dia suh aku peluk pinggang dia…pastu along kata biar org ingat Usu ni makwe along…hahaha…gitu la org takde girlfriend…adik pun kene nyamar jd girlfriend dia…kalu jalan2 kat pasaraya dia suh aku jalan rapat2 ngan dia…cam betul2 jadi jd makwe la …tapi kalu tengok muka la…mesti org cam adik beradik la sbb sepesen je acuannya hahaha.