Sunday, September 27, 2009

Hari Raya yang mulia

Thursday, March 12, 2009

Cerpen: Inilah Kehidupanku



Bab 1

Aku mempunyai 3 org adik beradik…along, angah dan aku…Alongku bernama Azman…Angahku bernama Azhan dan adik yg paling bongsu…yg kiut miut ni…aku le tu…namaku Amira. Disebabkan kami hanya 3 beradik maka hubungan kami amat rapat…selalunya kedua-dua abangku akan cuba memanjakanku dan berebut-rebut mengambil hati aku, yelah aku la satu-satu adik perempuan mereka yang paling kiut...cewahh...dengan itu akupun akan mempergunakan mereka sedaya upaya bagi kepentinganku. Ala jet je sekit cairla kedua abang aku tu...tak tau la aku kalu ngan pompuan lain...dengan aku mesti kalah la hehehe...

Along tidak la dikategorikan hensem tapi manis tu ade la…kami adik beradik ketiga-tiganya mempunyai lesung pipit dikedua-dua belah pipi…kira cam penyeri muka la…along tu sedikit gatal tapi gatal2 dia takde la usik anak dara orang tak tentu hala cuma kalau nampak perempuan cantik cam nak terjojol gak la bijik mata dia tapi dia jenis tak berani nak usha awek sbb dia dalam kategori mamat pemalu jugak la, lagipun agaknya along terasa cam dia tak hensem...tu yang dia rendah diri. Aku tak pernah tengok dia ade girlfriend pun ….mungkin sbb along aku ni tak reti cam mana nak tackle pompuan…nak kena aku ajar kot…Along paling rajin bawa aku jalan2 naik motor RXZ dia, kalau boleh kemana-mana dia nak bawa aku, suatu ari along ajak aku shopping…masa aku naik motor dia tu, dia suh aku peluk pinggang dia…pastu along kata biar org ingat Usu ni makwe along…hahaha…gitu la org takde girlfriend…adik pun kene nyamar jd girlfriend dia…kalu jalan2 kat pasaraya dia suh aku jalan rapat2 ngan dia…cam betul2 jadi jd makwe la …tapi kalu tengok muka la…mesti org cam adik beradik la sbb sepesen je acuannya hahaha.

Angah berbeza sekit dari along mungkin sbb diapun bersekolah di maahad tahfiz maka gaya dia pun mesti kowang boleh imagine la…tapi aku lebih suka ngan angah sbb dia pandai amik hati aku…muka dia selalu tenang…yelah org mengaji agama ni kan ade nur alquran...bersih je muka...kalu time makan mesti dia suka suap aku…angah selalu cakap time dia bujang leh la Usu manja2 dengan dia nanti kalu dia dah kawen takde can la nak manja dah.. kang kak ipar jeles…layanan angah cam suami layan isteri penuh kasih sayang lemah lembut...lengkap la...so aku tak la terasa sangat yang aku pernah kehilangan seorang lagi lelaki dalam hidup kami iaitu ayah...ayah meninggal sewaktu ibu mengandungkan aku lima bulan...maka aku tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah...mujur la aku ade sepasang abg yang caring kat aku..dengan itu aku rasa cam takleh nak terima ade org akan rampas abang-abang dari aku….mesti aku mesti akan lalui saat itu cuma sekarang aku tak sanggup lagi..kalu kat rumah mmg angah romantik sangat ngan aku….dia layan aku betul2 cam aku ni buah hati dia….tapi kalau kat luar jgn harap la dia nak layan aku cam tu….pernah aku jalan ngan angah kat bandar…dia suh aku jalan sebatu dari dia takleh rapat2…angah kata kang jadi fitnah org…aku jawabla…ala macam la org tak kenal adik beradik…dia kata takleh gak…iskkk payah dpt abg alim ni….sbb tu aku lebih suka jln ngan along…along sporting hahaha…tapi dua dua aku sayang.

Thursday, March 5, 2009

Teman Sejati

"Selama ini kumencari - cari...Teman yang sejati...Buat menemani..Perjuangan suci.."

Ibarat lagu In-Team...begitu indah senikata tersebut mengambarkan ketulusan diri seorang sahabat.

Namun aku percaya pada kata-kata 'jika kau sandarkan cinta dan sayangmu kepada makhluk...makhluk akan mati...makhluk akan meninggalkanmu...makhluk akan melukaimu kerana mereka tidak kekal...pergi dan datangnya bagaikan angin...menyapa lembut bagaikan sutera...menenggelamkanmu bagaikan ribut taufan yang memusnahkan...maka sandarkanlah cinta dan sayangmu kepada allah, kerana DIA tidak pernah menghampakan.. tidak akan sekali-kali meninggalmu malah datang dengan rahmat kasih sayang yang melimpah ruah.

“Orang yang kita sayangi,… orang yang selalu ingin kita do’akan,..orang yang ingin kita pahami lebih dalam, orang yang ingin kita bagi ketika kita senang, dan tidak ingin kita bebani ketika susah, dan manakala ia kesepian dan merasa seluruh dunia menjauh darinya, maka kita katakan : Sahabatku…sungguh seluruh dunia tidak pernah menjauh darimu, justeru kitalah yang menjauh dari mereka, marilah kita sambut mereka, berbahagialah untuk mereka, mari dengarkan impian mereka, sambutlah tawa mereka, hapuskan tangis mereka, karena kita adalah “cinta”.” Itulah cintaku pada diri seorang sahabat.

Monday, February 16, 2009

Cuti-cuti Malaysia






Nurul dan keluarga memang suka habiskan cuti dengan cuti-cuti malaysia, alhamdulillah dalam semenanjung malaysia ni dah habis tawaf termasuk sabah dan sarawak...dah pergi ke sana tapi tidak explore 100% agi...hehehe